Monday, April 21, 2008

Rasa Kecewa (Didedikasikan kepada pelajar saya)





Tiga minggu yang lepas, timbul satu inspirasi dalam sanubari saya. Inspirasi ini menggerakkan keinginan saya untuk melaksanakan suatu percubaan yang "baru" untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p) Fizik di kelas-kelas yang saya ajar. Sebenarnya percubaan yang "baru" ini bukanlah suatu benda yang baru di negara-negara tertentu. Sudah lama mereka melaksanakan benda tersebut. Cuma di sini, mungkin ia masih agak "baru".
Ramai pelajar riuh sebaik sahaja mengetahui hasrat saya. Mereka memberikan pelbagai alasan untuk menafikan benda baru ini. Alasan yang paling mudah ialah ketiadaan kemudahan internet. Sebenarnya apa yang saya ingin buat ini adalah untuk kebaikan pelajar. Kita telah terlalu ketinggalan dari segi penggunaan ini. Bak kata pepatah, mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih. Selagi mentaliti dan sikap pelajar kawasan luar bandar tidak berubah, selagi itulah mereka masih berjalan di tempat sendiri sahaja dan tidak berpeluang untuk melihat kepelbagaian di dunia luar. Adakah mereke suka digelar sebagai "katak di bawah tempurung"? Sebenarnya, pelajar-pelajar di sini bukanlah bodoh. Ramai daripada mereka mempunyai IQ yang baik dan kreatif. Malangnya, yang "membunuh" dan "merosakkan" mereka ialah persekitaran yang tidak sihat, yang penuh dengan pelbagai gejala sosial seperti merempit, menghidu gam, melepak, ponteng dan sebagainya. Alasan ketiadaan komputer yang ada perkhidmatan internet bukanlah alasan untuk tidak menghantar kerja melalui mel elektronik. Pelajar perlu berikhtiar dan mencari jalan melalui inisiatif sendiri, bak kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Cuba analogikan permasalahan ini dengan satu situasi di mana seorang pelajar SPM yang cemerlang dan ditawarkan kursus perubatan di Russia. Sekitar tempat tinggal pelajar itu tidak ada Universiti atau Institusi yang menawarkan kursus itu. Maka, sekiranya pelajar itu ingin menjadi seorang doktor maka suka atau tidak, dia terpaksa meninggalkan kampung halamannya demi cita-citanya. Mustahil anda akan tunggu sehingga Universiti didirikan di sini.Betul ke?













"4 bulan lagi, kita akan menyambut ulang tahun merdeka yang ke 51. Sudah lebih setengah abad kita merdeka. Apakah anda masih mahu tertinggal di belakang? Apakah mentaliti anda masih tinggal di zaman penjajah? Adakah anda hanya bercitia-cita untuk mewarisi kerja datuk nenek anda? Tepuk dada, tanya selera. " Tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan diri kita sendiri!






12 comments:

佩芳 said...

不是我要泼冷水...我国的教育制度已经到了无药可救的地步,尤其是那些依赖拐杖生活的一群.我相信有很多象你一样想好好在教育界服务的人,无奈的是一群残废的,坏了胸怀大志的老师们...真不知道什么时候我国的另外一个50年会真正的醒过来...唉...

ZuL FaDzLi BiN RoSLy said...

zulfadzli bin rosly
4 sains 1
yes sir....
i dont know what i shall comment..
all u say is rigth...
our enviroment not a good enviroment...
but i respect you because u make a new way to teach our...
in that school dont have any teacher teach our in using internet.. that all sir... thank a lot sir...

Anonymous said...

shuhairy shuib
4s1
saya turut berasa gembira kerana saya telah sedar kepentingan ICT dan telah mengajar saya erti kemerdekaan didalam blogspot anda.i hope you still here until we all finish my study.

必春 said...

sebenarnya saya tidak memaksudkan bahawa kerja datuk nenek tidak baik. kita mahu "baik" yang relatif, iaitu lebih baik daripada sekarang. jangan marah dan tersinggung dengan blog ini, saya membawa niat yang jujur demi kebaikan anda.

佩芳 said...

你的学生之中看来也有不错和肯学习的...希望你能如愿,当个好老师.加油...

suraya said...

SURAYA BT NORIZHAR
4 SCIENCE 1

first,i want to say thank you because sir already learnt me everything about ICT...If don't,i cannot know about ICT...

Anonymous said...

NAME:NOOR JANNAH BINTI MOHD AZIZ
CLASS:4 SCIENCE 1

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sir kerana telah mengajar saya selama ini...saya juga dapat mngetahui dalam bidang ICT sepanjang belajar dengan sir.. saya berharap sir akan terus mengajar saya sehingga saya tamat pelajaran..terima kasih....

Anonymous said...

同是老师,教的学校不同,你中我小,却有相同的感想,就是现在的孩子难教。不像我们的年代,苦口婆心,我们会听。你教fizik,让我想起教我们的Tiang.今年如当年,面貌没变,依然脸扁扁。也想起我们的同学“毛鸡”,我可是烦他烦到他不知所措,因为tiang教的我不明白,毛鸡讲解的还是不懂。唉!现在想起来,是自己出问题,自己走不进fizik世界。福清敏

必春 said...

fuqing ming, you are right. I do agree with you. Students now are more difficult to teach. Most of them are dependent. As conclusion, we were not the worst. Your comment reminded me to Mr. Pillar (Tiang) who taught our class Physics in 1988. He has flat face as paddy field and big stomach. I met him in Sitiawan last month.

marlia said...

marlia bt abd mukti
4sains1

pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengajar saya betapa pentingnya ICT...saya akan sentiasa menghargainya..

Anonymous said...

siti zubaidah binti hamzah

dear sir....
saya minta maaf kerana lewat memberi komen kerana tinggal di asrama jadi susah untuk melayari internet

Anonymous said...

yup!!! u laways right ...... nothing to say but,,, ICT or a.k.a internet is very crucial.... nowadays, they depend on it.... jangan jadi macam katak dibawah tempurung... xsemestinya budak kmpg like us juz terfikir "owh. aku xmmpu nak bayar duit untuk ke CC" no lah... tanggapan yang buruk! as long as kata tahu yang mana yang buruk dan yang mana yang baik....... SEMESTI CHAYO'!!!!